Saturday 23 July 2016

Life

Aku menolak pintu bilik perlahan agar tidak berbunyi langsung. Aku melangkah  perlahan-lahan ke arah katil.

Aku tersenyum apabila melihat wajahnya yang sedang lena. Lena sungguh. Aku duduk di sebelahnya. Beberapa helai rambutnya yang jatuh ke dahi aku tolak tepi.

Kelakar. Benda paling kelakar. Tak pernah pun aku terfikir nak kahwin dengan mamat berlagak bagus ni.

Tanganku beralih dari dahinya ke pipi sebelah kanan. Aku senyum bila teringat kejadian dua bulan lepas.

Pipi ni, pipi yang hampir-hampir aku tampar dulu. Semua salah dialah, kalau bukan sebab dia tak adanya aku nak tampar anak orang. Ya, sebab rancangan gila dia.

"You ni memang psikopat. Tenung muka I pun dah senyum sorang-sorang." Serta-merta aku tarik tangan di pipi dia. Aku dah rasa macam muka aku ni dah beku semacam dah.

Aku tengok mata dia terpejam lagi tapi mulut tengah senyum. Masa bila pulak dia tengok aku senyum.

"Kalau rindu, cakaplah. Tak payahlah nak curi-curi tenung muka I. Entah-entah malam-malam time I tidur you bangun tenung muka I. Ish, you ni memang scary betullah." Aku tengok dia buat muka cuak dengan mata masih lagi terpejam.

Ya Allah, aku minta maaf kalau aku terbunuh suami sendiri.

Bantal di sebelah aku tarik. Dengan cepat aku cekup muka dia. Ah, lantaklah nak lemas ke, tak cukup oksigen ke, janji aku puas hati.

Dia meronta kuat menolak bantal di muka. Apalah sangat tenaga aku nak lawan tenaga aku. Dia pegang kedua-dua tangan aku. Aku tak sedar bila dia bangun.

"You nak bunuh I ke apa? Gila ke?" Aku tengok muka dia dah merah. Marah agaknya. Aku juling mata ke atas.

"See, doa you dah makbul. I'm absolutely insane now. I'm trying to kill you last a few seconds." Aku senyum sinis. Mata masih ke atas. Malas nak tengok muka mamat berlagak bagus tu.

"Oh sweetheart, you always know how to drive me crazy." Aku buat bodoh. Sejak bila pula aku buat dia gila. Psychiatrist memang macam ni agaknya. Sentiasa gila.

"Tengok sini. Tak payah nak juling-juling ke atas. I malu kalau my friends tahu yang wife I juling." Mata aku membulat. Ya Allah, bagilah aku kesabaran Ya Allah supaya suami aku tak mati di tangan aku.

"Lepaslah." Kasar aku cuba tarik tangan aku.

"I love you." Dia senyum yang aku rasa ikhlas sangat yang buat hati aku yang panas membara kembali tenang.

Genggamannya pada tanganku dilepaskan sebelum naik ke kepalaku. Lembut dia menarik aku sebelum bibirnya mencecah dahiku. Jantungku yang tadi tenang macam air sungai terus bertukar rentak sampai aku rasa macam aku baru maraton 100 meter je.

"Walaupun you juling..." what? Juling? Dia ni memang...

"... pekak..." dia ni tengah mengata aku secara halus ke apa?

"... bisu..." oh god.

"Run baby run... if you don't want your face have badly scratch." Perlahan aku bersuara.

Aku tengok dia geleng. Kedua-dua tangannya turun memegang erat pinggangku. "I'll still love you. Insya-Allah."

Aku tak tahu kenapa aku rasa terharu sangat sampai aku rasa macam nak menangis. Padahal dia kata aku juling, pekak, bisu tapi aku boleh lagi terharu.

"Even dia buat benda bodoh pun, hang akan sayang, cinta dia jugak. Kalau dia cakap 'I love you' dekat hang dengan mata ikhlas nak mati dekat tepi highway pun, hang dah rasa dia romantik tahap heaven dah. Sebab hang cintakan dia." Entah kenapa tetiba je aku ingat apa yang Sarah kata dekat aku setahun lepas.

"Ish, nangis pula. I berlakon je tu, kalau betul-betul I cintakan you, I rasa you dah meraung." Aku tengok dia sengih. Aku geram tapi air mata keluar juga, tak berhenti-henti.

"Dahlah tu. I love you betul-betul. Tak tipu." Dia gelak kuat. Ya Allah, dia ni berjangkit dengan petient dia ke? Boleh sakit jiwa aku macam ni kalau tiap-tiap hari dia buat perasaan aku macam roller coaster.

Dia peluk aku erat. Air mata aku yang tadi aku rasa macam nak slow dah tukar laju balik. Haish...

***

"Nah." Hampir juling mataku bila tengok tin nescafe depan-depan hidungku. Aku rasa kalau tin tu ke belakang sikit memang terkena hidung aku dah.

"Tak payahlah sampai nak sapu hidung orang." Aku tarik tin nescafe dari bawah sebelum aku tolak tangan dia jauh-jauh.

Aku tengok dia buat bodoh. Langsung tak berkelip mata. Straight je pandang ke depan. Aku rasa kalau ada pertandingan Pandu Dengan Cermat dan Berhati-hati Di Jalan Raya dia mesti dapat number satu.

Aku angkat bahu. Malas nak fikir. Aku tengok tin nescafe yang aku pegang. Tengok jelah. Aku mana nak minum benda-benda yang ada kopi ni.

"Tak nak keluar ke?" Huh? Aku tengok dia, tapi dia tengok depan. Langsung tak tengok aku. Aku pusing tengok depan balik. Eh, bila sampai?

Aku capai barang-barang dapur di belakang. Pintu kereta aku buka sebelum tutup semula.

Aku tengok selamba je dia blah masuk dalam rumah. Langsung tak tolong aku bawa barang-barang yang beli tadi. Dahlah suruh aku masak, lepas tu nak tolong angkat barang pun tak nak. Kalau ikut aku, aku makan luar je. Tak adanya nak menyusahkan diri masak-masak bagai.

Aku masuk dalam rumah menuju ke dapur. Semua barang-barang tadi aku letak atas meja. Tin nescafe yang aku masih pegang lagi aku letak dalam peti sejuk.

Aku mengatur langkah ke arah anak tangga. Anak tangga aku daki perlahan. Aku teruskan langkah ke arah bilik utama. Pintu ditolak perlahan. Aku pandang sekeliling.

Mana pulak mamat ni. Mandi ke? Aku jalan ke arah bilik air. Aku tekapkan telinga di pintu bilik air. Sunyi je. Hmm... tak apalah. Tukar baju dulu, lepas tu masak.

***

"Auch!" Automatik aku kibas-kibas tangan kiriku. Tulah, mengelamun lagi. Tomato dah potong habis, ganti dengan jari pulak.

"Kenapa ni?" Aku tak pusing belakang. Dah tahu dah siapa.

"Tak ada apa-apa. Luka sikit je." Aku berjalan ke arah singki. Pili dibuka perlahan. Jari yang terluka aku letak bawah air. Aku mengetap gigi menahan pedih di jari.

"Cuai betul." Dia tutup pili. Jariku yang basah dia lap dengan kain bersih. Sekeping plaster dia lekat di jariku. Entah dekat mana dia ambil plaster tu tak tahulah aku.

"Thanks." Aku tarik tanganku. Aku berjalan ke arah periuk yang sedang menggelegak. Tomato yang aku potong tadi aku masukkan ke dalam periuk.

Aku mengambil dua biji mangkuk sederhana besar dan sebiji mangkuk yang besar. Aku masukkan sup sayur cendawan dan sup ayam ke dalam mangkuk. Nasi aku sendukkan ke dalam mangkuk yang lebih besar.

Aku angkat sup sayur cendawan dan sup ayam ke meja makan. Eh, bila masa pula aku bancuh air oren ni?

"I yang bancuh." Aku pusing belakang nampak siapa lagi. Dalam rumah ni ada kami dua orang je. Agaknya dia tengok muka curious aku sebab tu dia beritahu. Aku tengok dia pegang dua biji mug dengan satu tangan. Sebelah tangan lagi pegang mangkuk nasi.

"Ok." Aku jalan semula ke dapur. Api dapur gas aku padam. Tomyam yang masih panas aku masukkan ke dalam mangkuk.

"Biar I bawa. You ambil pinggan." Dia arah. Aku angkat bahu. Aku capai dua biji pinggan sebelum berjalan ke arah meja makan.

***

"You ni putus cinta ke? Diam je?" Aku diam. Malas nak jawab. Kalau jawab pun menyakitkan hati je. Suapan yang terhenti aku sambung.

"You merajuk ke?" Merajuk? Buat apa pula aku nak merajuk? Buang tabiat?

"You okay?" Sekali lagi dia tanya.

"Sweetheart?" Aku renung lama muka dia.

"Saya ok. Tak mati lagi." Perlahan aku menjawab.

"Memanglah you tak mati lagi, tapi you merajuk dengan I. Kenapa ni?" Aku juling mata ke atas. Merajuk? Aku? Aku nak merajuk buat apa?

"Merajuk apa pulak ni?" Aku capai mug di sebelah.

"Merajuklah. Kalau tak merajuk, tak adanya you nak tunduk macam tu. Cakap dengan I pun nak tak nak je."

"Sebab apa pulak I nak merajuk." Aku meneruskan suapan terakhir. Muka dia langsung aku tak tengok.

"Manalah I tahu you merajuk sebab apa." Apasal kau bodoh sangat. Aku cakap kau buat bodoh lepas tu tanya pulak kenapa aku merajuk. Aku bangun angkat pinggan kosong.

"Ooo, so you merajuk dengan I sebab I tak cakap dengan you tadi, buat tak tahu dengan you." Langkahku terhenti. Huh? Macam mana dia tahu. Aku rasa aku cakap dalam hati je tadi.

"I'm sorry." Hampir terlepas pinggan yang aku pegang bila dia cium lembut belakang leher aku. Masa bila dia bangun pun aku tak tahu.

"I tengah fikir macam mana nak kenalkan you kepada bestfriends I masa majlis kahwin kita nanti. Sebab tu I tak perasan bila you cakap dengan I." Dia cuit hidung aku.

"Again. I'm sorry." Dia cium pula pipi aku. Sumpah, kalau dia layan aku sweet macam ni sebelum kahwin, mesti aku dah ingat dia ni Romeo kelas atasan.

"Mengelamum pulak. Meh pinggan nak cuci." Dia cubit manja pipi aku.

Dia cuci pinggan aku dan dia. Aku berjalan ke arah sinki. Tanganku basuh cuci. Aku ingat apa yang dia cakap tadi. "You kata you fikirkan macam mana nak kenalkan I kepada bestfriends you?"

Dia angguk. Kenapa pula nak kena fikir? Susah sangat ke nak kenalkam aku? "Kenapa pulak nak kena fikir?"

Dia tutup pili air. Dia pusing mengadap aku. "Kawan-kawan I, dia orang... lain sikit."

Aku kerut dahi. Tak faham. "Lain?"

Dia angguk. "Tahu kenapa I jadi psychiatrist?"

Sebab you suka buat perasaan I macam roller coaster. Nak aje aku jawab macam tu. "Manalah I tahu." Aku angkat bahu.

Dia senyum manis. "Sebab kawan-kawan I."

"Kawan-kawan you mental ke?" Tanpa sedar aku tanya.

Dia gelak kuat. "Ha'a, dia orang mental."

Huh? Aku tunjuk muka blur.

"You akan sukakan dia orang." Dia peluk aku erat.

Friday 2 October 2015

Cerpen: Love Me Like You Do Part 1

                 Love Me Like You Do
Nafas ditarik perlahan sebelum dihembus. Matanya tenang memandang ke depan memerhati dua orang manusia yang sedang minum petang di depannya. Seketika dia memejam mata memikir.

"Mama dah bincang dengan Tengku Maya. Minggu depan kita pergi dinner rumah dia. Pakai cantik-cantik sikit. Cuba jaga sikit maruah mama dengan papa. Ingat mama dengan papa ni bukan oramg biasa. Papa kamu tu Tan Sri. Cuba fikir sama pasal status papa." Tegas Puan Sri Dina berkata.

Status papa yang lebih penting dari anak sendiri, sampai tergamak kahwinkan anak sendiri dengan orang kaya semata-mata nak dapat menantu kaya, besan kaya? Terasa ringan mulutnya nak bertanya. Mama dengan papa pentingkan pelajaran, jawatan dengan harta kekayaan. 

"Kamu dengar tak apa yang mama cakap?" Puan Sri Dina bertanya geram dengan reaksi uang ditunjukkan oleh anak kedua merangkap anak bongsunya.

"Tapi ma, tak boleh ke kalau buat benda tu tahun depan ke, dua tahun depan ke atau beberapa tahun ke depan ke..." perlahan dia bertanya. Umur baru 23 dah nak kahwin, muda kot.

"By hook or by crook, papa nak Bella kahwin dengan dia. Kalau tak, berambus dari rumah ni. Tak pernah nak dengar cakap orang tua. Dah terasa diri tu dah besar ke?" sinis Tan Sri Azman memerli anaknya Sambil mengambil cawan teh di depannya.

Bella memandang lama papanya yang sedang minum. Papa... kenapa... dahlah Bella... kau patut bersyukur sekurang-kurangnya kau masih ada lagi papa. Nafas berat dihembus perlahan. 

"As long as papa dengan mama happy, Bella ok je." Tanpa memandang wajah kedua-dua I

ibu bapanya dia berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua ditaman di villa milik Tan Sri Azman.

***

"You what! No, no, no..." bergegar Villa Cenderawasih akibat daripada suara anak Tengku Maya dan Tengku Iskandar.

"You can't do this! I'm..."

"Tengku Hazriq Ashraf bin Tengku Iskandar!  Orang yang kamu sedang tengking sekarang ni daddy kamu. Dah hilang ke mana hormat kamu dengan daddy?" Tengku Maya bangun dari sofa dan bertanya geram kepada anak tunggalnya.

Tengku Iskandar menggeleng perlahan dengan perilaku anak dan isterinya. Dia tahu, isterinya geram dengan perangai anaknya, perangai playboy. Semalam dah dengan cerita Hazriq berpeluk sakan dengan anak Dato' Jamil. Sampai Dato' Jamil buat kecoh di pejabatnya. Mahunya isterinya tak geram. Habis semua anak kenalan dia dan isterinya Hazriq buat mainan.

"Darling, dahlah tu. Meh sini duduk." Dia menarik tangan isterinya supaya duduk di sebelahnya.

"Hazriq... semuanya terpulang kepada kamu. Daddy takkan paksa kamu nikah. Tapi jangan harap kamu boleh warisi segala harta milik keluarga Tengku Iskandar. Jangan pernah bermimpi." 

Walaupun lembut suara yang keluar dari peti suara daddynya tapi Hazriq terasa seperti M16 sedang menembak hatinya dengan kejam. Tanpa harta daddynya macam mana dia nak hidup. Sehari lima ribu ringgit pun tak cukup lagi.

"Papa dengan mama nak keluar.bkamu fikir elok-elok. Lagi pun umur kamu dah 24, dah sesuai dah untuk kahwin. Jom darling, keluar makan angin." Tengku Iskandar tersenyum manis buat isterinya sebelum menarik tangan isterinya menuju ke pintu utama.

Hazriq memandang kelibat kedua ibu bapanya yang hilang di sebalik pintu utama. Macam manalah aku tak jadi playboy, daddy yang dekat 50 tahun still lagi perangai macam aku. Seketika kemudian dia merenggus geram apabila teringat dengan ugutan lembut daddy.

***

"Bella..."

"Ya." Dia menoleh ke sebelah kirinya memandang tepat ke dalam sepasang mata yang sedang merenungnya.

"Kau cantik." Dia senyum sambil mata tak lepas memandang mata Bella.

"I know." Perlahan dia menjawab sambil mata masih tepat merenung anak mata orang di sebelah.

"Kau pendiam..." kepala di sengatkan sedikit. "... tapi kalau kena gaya... kau macam petir." Dia mengecilkan mata sedikit.

"Amboi..." muka dibawa semula ke depan. Kaki langit yang dah warna oren keemasan dipandang kosong.

"Aku... sayangkan kau. Promise dengan aku kau akan sentiasa gembira." mata yang masih merenung Bella dibawa ke bawah. Matanya dapat menagkap ramai manusia dann kenderaan. Pukul 7 petang. Waktu sibuk, waktu orang balik kerja.

"Aku pun sayangkan kau Ameer." Matanya turut memandang ke bawah.

"Janji dengan aku."

"Tak boleh. Aku tak nak jadi munafik."

"Bella..." Dia memanang Bella di sebelah.

"Ameer..." Bella membalas pandangan Ameer.

Perlahan Ameer menggeleng. Bella... manusia yang berpegang kepada janji walaupun untuk satu janji yang bodoh. Kalau dia tak janji yang diA akan sentiasa gembira, tu maksunya dia memang takkan gembira. Jangan buat aku susah hati sayang.

Dia menarik senyuman manis melihat Ameer menggeleng kepala. Dia tahu Ameer risau. Risau dengan diri dia. Ameer...

"Lepas ni, kalau aku dah tak ada jangan nak melepak sini pulak. Dah gaya orang nak bunuh diri." selamba Ameer menutur.

"Aku tak janji." mata memerhati pulak matahari yang semakin berwarna keemasan.

"You must. Dahlah duduk sensorang dekat rooftop ni, lepas tu duduk pulak atas penghadang ni. Kaki biar tergantung. Bahaya tau tak?" Dia menjeling.

"Kalau tau bahaya, kenapa buat macam aku?" Sarkartik dia membalas.

"Aku sayang kau. Kalau kau jatuh, kita jatuh sama-sama. Mahu merana hidup aku kalau kau takde..." dia sengih.

"Banyaklah kau merana..."

"I love you too baby." Perlahan dia membalas sambil tersenyum.

***

I see what you're wearing, there's nothing beneath it
Forgive me for staring, forgive me for breathing
We might not know why, we might not know how
But baby, tonight, we're beautiful now

Lagu yang bergegar maha kuat langsung tak mengganggu perhatian dia. Matanya tajam merenung ke gelas coke di depan.  

We're beautiful now
We're beautiful now

Kenapa? Kenapa nak buat aku macam ni? Mummy dengan daddy memang nak hancurkan life aku. Kenapa kena kahwin? Dahlah dengan pilihan dia orang pulak tu. Entah anak mana dia orang kutip.

"Arrghhhh!" Dia menjert kuat tetapi suaranya hanya tenggelam dalam lagu yang kuat.

"Hai handsome kenapa you macam stress je? Ada masalah you boleh cerita dekat I." Suara di sebelah menegur menggodanya

Dia tersenyum sendiri. Perempuam... semuanya nakkan harta. Dia mengalih pandangan dari gelas ke wajah di sebelahnya yang sedang meliuk menggoda. 

Perempuan ni... kalau aku jenis makan, memang dah lama kena. Dia merenung lama tubuh perempuan di depannya yang memakai baju yang menampakkan lurah payu daranya. 

Lelaki... semua sama je. Semuanya nak benda yang sama. Nama je sini club orang kaya dan ternama... tapi semua tak ada otak. Bodoh. Si perempuan tersenyum memikat. 

Dahlah perempuan. Se-tak-ada agama aku pun, aku tak tergamak nak buat benda tak senonoh dekat anak orang. Kalau isteri, lainlah. Wait a sec, isteri... anak... harta... all that. Right. Matanya yang lama merenung ke dada perempuan itu naik tepat ke muka manusia di depannya sebelum dia senyum penuh makna. 

"Wanna dance? Or we can do more than that." Masih senyum menggoda.

"Thanks, but no thanks." Dia bangun dengan cepat menuju ke pintu keluar sebelum perempuan di depannya sempat membalas. 





Bersambung...